Home  |  Index  |  Contact  |  Request Info  |  Customer Support

  


 

ERP

Perencanaan

Intuitive ERP dapat menyediakan informasi-informasi kritikal yang anda perlukan, dengan adanya fungsi-fungsi perencanaan yang canggih, tepat pada masa apabila masalah-masalah perjadualan timbul. Fungsi penjadualan yang terkini membantu mengurangkan biaya operasi dan meningkatkan produktiviti dengan menghindari kekurangan stok, meningkatkan daya pengiriman dan menambahkan fleksibel dalam pengaturan jadual.

Kemudahan untuk menganalisa keperluan bahan-bahan dengan menyajikan informasi secara grafik, supaya dapat melunaskan komitmen-komitmen yang cepat / tepat dengan memanfaatkan fungsi ATP & Capable-To-Promise (CTP). Melakukan perubahan terhadap perencanaan selaras dengan keperluan. Menguasai biaya-biaya produksi dan pengaturan sumber daya selaras dengan fungsi Bills of Material yang fleksibel. Mengadunkan perubahan di spesifikasi tanpa kehilangan kebolehan menilai perubahan-perubahan yang telah diambil terhadap perusahaan keseluruhan.

  • Merencanakan bahan-bahan / stok dengan cepat melalui fungsi "Dynamic ERP"
  • Memeriksa keadaan stok dan memenuhi komitmen dengan melalui ATP / CTP
  • Menganalisa keperluan barang melalui "graphical pegging tool"
  • Melakarkan keperluan "Bills of Material"
  • Membuat dan mengatur operasi / process secara fleksibel
  • Mengesan dan menguasai segala perubahaan 'engineering'

Bahan Inventori / Stok

Mengatur dengan berkesan, barang jadi, barang setengah jadi, bahan asas, menjadi suatu keperluan kritikal kepada seluruh operasi anda. Intuitive ERP memberi sofistikasi dan struktur yang lengkap - peralatan peralatan yang diperlukan untuk mengatur inventori secara tepat.

Bermula dari pembelian bahan-bahan mentah ke penghantaran produk jadi, mengatur infomasi inventori penting dengan fungsi pelbagai menerusi "kad stok". Kemudahan mendapatkan maklumat/data terkini membolehkan and mengesan kadar inventori secara "item", lokasi kelompak produk, dan sejarah pengunaan dengan menekan butang sahaja. Memudahkan transaksi inventori harian dan meningkatkan produktiviti pengguna sistem dengan fungsi-fungsi automasi yang lazim dilakukan.

  • Menguasai inventori
  • Mengatur pembelian bahan
  • Pengiriman dan penerimaan barangan
  • Mengesan lokasi bahan
  • Mengemaskinikan inventori dengan fungsi "Cycle Counting" dan "Physical Inventory"
  • Memproses transaksi stok dengan "bar code"
  • Menganalisa dan mengatur maklumat-maklumat biaya pengeluaran

Kewangan

Sistem menyeluruh Intuitive ERP menawarkan keupayaan menangani keperluan kewangan. Ia membantu mengesan pengaliran wang atau "cash flow" secara padat. Fungsi-fungsi yang sofistiket menghalusi transaksi dan menghubungkan anda kepada semua aspek-aspek maklumat kewangan secara ringkas dan juga secara terperinci. Mengatur dan menguruskan hal-hal pembayaran dan penerimaan pembayaran. Mengesan aktiviti-aktiviti akaunting menerusi fungsi GL Intuitive ERP. Memudahkan untuk mendapatkan laporan kewangan, baget, dan laporan kewangan yang lainnya.

  • Membuat baget dan mengesan aliran kewangan atau "cash flow"
  • Menguruskan hal-hal penbayaran dan penerimaan pembayaran
  • Memasukkan aktiviti-aktiviti transaksi kepada GL
  • Mengimbangi perkiraan-perkiraan kewangan
  • Mengesan biaya bahan-bahan mentah, buruh dan pengeluaran

Pembelian

Menangani seluruh aspek pembelian, dari pemilihan pembekal/supplier, kepada menyelidiki data penawaran, dan memasukkan order pembelian, kepada penerimaan barang dan menilai mutu bahan asas yang diterima.

  • Mengatur maklumat-maklumat pembekal/supplier
  • Mengatur harga pembelian dan sistem matrik penawaran
  • Memasukkan data-data pembelian
  • Membuat order pembelian dari order yang telah dirancang secara automatik
  • Penerimaan dan penilaian kiriman barang dari pembekal/supplier.

Pengeluaran

Fungsi-fungsi pengeluaran keseluruhan Intuitive ERP membantu anda menangani aktiviti-aktiviti barang setengah jadi, dan meningkatkan produktiviti pekerja-pekerja dengan teknik-teknik mengurangkan kos buruh dan memberi penguasaan lebih kepada pengeluaran dan jadual pengeluaran.

Peka dan pantas membuat arahan tempahan/order dari rencana tempahan/order. Tahap pengeluaran maksima dapat dinikmati dengan automasi "back flushing", "infinite and finite loading", "forward and backward scheduling". Pengurusan buruh dan kapasiti peralatan yang berkesan dengan module "shop floor scheduling". Modul ini membantu meneliti dan menyelenggarakan jadual-jadual yang mempunyai konflik. Informasi data-data akaunting dapat di integrasikan membantu menganalisa/mengesan biaya pengeluaran dengan tepat.

  • Memasuki dan mengesan "work order"
  • Merencana dan menjadualkan pengeluaran
  • Mengawasi status pengeluaran
  • Mengatur bahan asas dan keupayaan kapasiti peralatan/mesin-mesin
  • Menjanjikan waktu pengiriman barang
  • Mengawasi waktu dan kehadiran pekerja-pekerja
 

ERP Software  |  Services  |  Company  |  FAQ  |  Case Studies  |  News  |  Events  •  Privacy Policy  |  Copyright © Intuitive Manufacturing Systems